Saturday, January 28, 2012

Dana masjid KRTS


Rumah Besar

“Dr mahu membina rumah di syurga?,” tanya Walid pada hari yang lain.

Lalu beliau bercerita kaedah yang dinyatakan melalui hadis-hadis yang dipelajarinya. Ada yang mudah untuk dilakukan dan ada yang kelihatan sukar (InsyaAllah…. ada caranya).

Saya catatkan tiga perkara terlebih dahulu. Pertama, mengamalkan solat sunat 12 rakaat yang dikenali sebagai sunat rawatib, 2 rakaat selepas zuhur, 4 rakaat sebelum zuhur, 2 rakaat sebelum asar, 2 rakaat selepas Isya dan 2 rakaat sebelum subuh.

InsyaAllah ia boleh dilakukan dengan mudah.

Kedua, bacalah al-ikhlas 10 kali nescaya Allah bina sebuah rumah di syurga. Saya tersenyum mendengar kenyataan ini kerana ia merupakan bacaan rutin saya. Ia bukan kerana nilai rumah di syurga tetapi saya ingin berzikir dan memilih satu surah al-Quran yang saya sukai.

Saya pilih – dengan izin Allah – surah ini.

Ketiga, binalah masjid. Menurut pendapat, menyumbang kepada masjid, kegiatan masjid dan pelbagai kaitan lain dengan masjid boleh dikategorikan sebagai membina masjid.

Emmmm…. orang kaya-kaya boleh membina sebuah masjid untuk mereka. Patutlah…. itulah yang dilakukan oleh tokoh-tokoh terkenal di negara kita.

Saya menanam cita-cita untuk mendirikan sebuah masjid. Namun saya mahu membina masjid berdasarkan taqwa, tiada tiang-tiang yang banyak dan di tempat yang mereka tidak mampu untuk melakukannya.

Bagaimana caranya?

Saya melihat jalan yang bercahaya. Nanti saya khabarkan! InyaAllah agar ia dipermudahkan.

Dan, mudah-mudahan saya tidak terlupa.

Doa

January 20th, 2012

RM23373 dalam tempoh enam jam!

Saya menunggu hari Jumaat untuk melancarkan Tabung Masjid KRTS. Ia penghulu segala hari.

Jam Arab Saudi menunjukkan hampir 12 tengah malam ketika saya menekan punat Publish. 4 jam kemudian saya melihat jumlah terkumpul sudah melebihi angka RM15000.

Allahu Akbar.

Kini selepas 6 jam ia sudah menghampiri RM25000. Saya semakin berdebar dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Saya memikirkan, adakah saya masih ada untuk menyaksikan rancangan ini menjadi kenyataan, “berikanlah daku sedikit masa untuk menyudahnya ya Allah”.

“Ya Allah permudahkanlah kami untuk membina rumah Mu ya Allah. Kami lakukan ini semua semata-mata kerana Mu ya Allah. Kau permudahkanlah, permudahkanlah ya Allah.

Jauhilah kami dari mereka yang ingin mengambil kesempatan di atas rancangan ini ya Allah. Temukanlah kami dengan mereka yang berhati jujur, tulus, ikhlas dan mahu melakukannya semata-mata kerana Mu ya Allah.

Jadikanlah masjid yang terbina nanti terbina di atas dasar taqwa. Makmurkanlah masjid ini ya Allah.

Kami mohon keampunanMu ya Allah”.

Tiada apa yang dapat saya offer kepada kesemua penyumbang kecuali doa tulus ikhlas – setiap kali saya memohon kepadanya – agar kita semua mempunyai rumah sendiri di Jannah nanti.

Mereka yang telah menghantar e-mel ke mki@muhdkamil.org, saya tidak akan membalasnya dalam masa terdekat kerana sedang menyusun group e-mel agar mudah untuk kita berkomunikasi.

Jangan khuatir tiada limit 100. Sesiapa pun boleh menyumbang sehingga tarikh 19.1.2014.

Masjid KRTS

January 20th, 2012

Pelancaran Tabung Masjid KRTS

Jika anda sudi menjadi penyumbang RM100/sebulan selama 24 bulan, sila maklumkan kepada saya di mki@muhdkamil.org bagi tujuan rekod dan peringatan yang anda mempunyai komitment.

Tuan/puan boleh membayar RM2400 dengan sekali bayar atau dibayar setiap bulan. Jika mahu menyumbang lebih daripada jumlah ini sangat-sangat dialu-alukan.

Bagi mereka yang lain, sumbanglah setakat mana yang termampu. Di takdirkan saya meninggal dunia, Roza akan meneruskan usaha-usaha ini – insyaAllah – sehingga berjaya.

Saya mohon dimaafkan.

Sumbangan boleh dibayar melalui akaun maybank Raudzah Roslan: 112102080097 yang sudah kosong dan dikhaskan untuk projek ini semata-mata.

Jumlah Terkumpul 27 Januari 2012: RM157 000

Sasaran: RM300 000 (19.1.2014)

Lokasi: Di kawasan yang sangat-sangat memerlukan sebuah masjid yang akan ditentukan kemudian.

Idea dan perancangan dari prof MuhdKamil / http://muhdkamil.org/

Sunday, January 8, 2012

Nabi saw. bersabda, “Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: imam yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah, orang yang hatinya berpaut pada masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah berkumpul dan berpisah keranaNya, lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan, maka ia mengatakan,’ Sesungguhnya aku takut kepada Allah’, orang yang bersedakah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di nafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang mengingat Allah dalam keadaan sepi (sendiri) lalu mengalir air matanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Mahukah saya tunjukkan kepada kamu perkara-perkara yang mana dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa serta mengangkat darjat kamu?. Para sahabat menjawab: Mahu, ya Rasulullah. Beliau s.a.w. lalu bersabda: Sempurnakan wuduk sekalipun di dalam kesukaran, banyakkan melangkah untuk ke masjid dan menunggu solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath, iaitu perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan. (HR Muslim)

Rasul saw telah bersabda: “Sesiapa bersuci di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk menunaikan solat yang telah Allah wajibkan kepadanya maka setiap langkahnya menghapus satu dosa dan langkah yang satunya mengangkat satu tingkat derajatnya.” (HR.Muslim).

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang pergi menuju masjid untuk solat maka satu langkah akan menghapuskan satu kesalahan dan satu langkah lainnya akan ditulis sebagai satu kebajikan untuknya, baik ketika pergi maupun pulang.” (HR. Ahmad)

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika isterimu meminta izin kepadamu untuk pergi ke masjid di malam hari, hendaklah kamu izinkan." (Sahih Bukhari)

Nabi saw. bersabda,"Izinkanlah orang-orang perempuan pada malam hari (pergi solat) di Masjid." (HR Ahmad, Muslim, Abu Dawud & Tirmidzi)

Nabi saw. bersabda, “Berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan di dalam kegelapan malam menuju masjid dengan cahaya yang akan diperolehnya pada hari kiamat.” (HR. Abu Daud)

Rasul saw. telah bersabda,“Sesiapa mendengar azan lalu tidak mendatanginya (masjid) maka tiada solat baginya melainkan sesiapa yang uzur". (HR Ibn Majah)

Di dalam Mazhab Syafie, maksud kepada hadis tersebut, bagi kalimah "tiada solat baginya" adalah tidak sempurna solat dan bukannya tidak sah solat. Ini bermakna pahala seseorang yang bersolat di rumah tidaklah sesempurna seseorang yang bersolat di masjid.


Wallahu A'lam.








Wednesday, December 7, 2011

Bersama lah Imarahkan majlis ilmu ini


Muslimin muslimat dijemput hadir pada 11 Disember ini pada jam 8 malam di Pusat Pendidikan Al Barakah yang bakal menyaksikan dua orang tokoh penceramah yang terkemuka iaitu Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Azhar Idrus yang digandingkan bersama dalam CERAMAH PERDANA anjuran Pusat Pendidikan Al Barakah.

Saturday, October 8, 2011

musim Haji

Assalamualaikum..
alhamdulillah segala puji bagi ALLAH SWT kerana dengan limpah rahmatNya masih dapat meneruskan sedikit coretan di sini..dah lebih 2 minggu kami kembali ke negeri padang pasir KSA setelah sebulan di Malaya..

minggu lepas kami sempat jumpa 2 dari 3 family yang di cari di Madinah..semoga Aboh n mok senantiasa sihat untuk menunaikan ibadat umrah dan haji..juga buat abg Yie dan Kak Yah..semoga mereka dapat menunaikan ibadat Haji dengan sempurna..

juga sekarang ni musim Haji telah bermula..sekarang KT berapa dah agaknya jemaah haji Malaysia yang tiba di Kota Madinah..Tahniah buat Prof Dr Muhd Kamil dan keluarga kerana sudah berhijrah ke Tanah Haram Madinah..walau beliau tak mengenali kami pun..takpe..kami bangga dapat membaca peringatan2 dalam tulisan beliau sebagai agen/medium dakwah beliau..harapnya satu hari nanti kami dapat mendengar tazkirah Prof secara live..insyaAllah..moga2 Allah ketemukan kami nanti di bumi Madinah..

juga ucapan terima kasih buat saudara Mahadhir ( teman lama di instep ) sekarang katanya kerja di Offshore ( Talisman/ex BASF ) kerana sudi mencari n menghadiahkan sebuah buku berkenaan soal jawab Ustaz Azhar Idrus..semoga Allah membalas jasa baik mu wahai sahabatku..

juga semalam dah msg pada adinda bongsu Siti nurFarahana dan ibunda tercinta Mummy Hajah Nazariah untuk mencari buku2 karangan Prof Dr Muhd Kamil -Travelog Haji n travelog dakwah supaya kirim ke sini..semoga sempat dengan ketibaan kak Yah n abg Din untuk membawa kiriman2 kami itu..insyaAllah Kak Yah, abg din n Mek akan berangkat 17 okt ni untuk menunaikan Haji..semoga Allah kurniakan Haji yang mabrur buat mereka..insyaAllah..
sesungguhnya kita hanya merancang..hanya Allah yang menentukan segala2 nya..
Maassalamah...

Saturday, August 13, 2011

Pengorbanan seorang insan bergelar IBU

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..dapat menikmati Ramadhan 2011 di hari yang ke 13 ini..masih diberi keizinan dariNya untuk melalui Ramadhan penuh keberkatan ini..ingin berkongsi entri yang saya baca di web I LUV ISLAM...juga teringat akan pengorbanan mak saya Hajah Nazariah Nordin membesarkan anak2 dengan segala kudratnya..kami anak2 sayangkan Mummy..tak dapat nak bayangkan hebatnya dugaan kepada Puan Jamilah ibu kepada adik Iqbal Fahreen yang di kurniakan seorang anak istimewa kurnian dari ALLAH SWT..

Kepada kita yang masih punyai Ibu bapa juga kita sebagai ibu bapa kepada anak2 kita..berbuat baik lah kepada kedua ibu bapa kita sebagai suruhan Nabi SAW dan Nas Al Quran ;

Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman:14)

Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (al-Ankabut:8)

Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”. (al-Ahqaf:15)

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash رضي الله عنهما, dari Nabi صلى الله عليه وسلم , baginda bersabda: Keredhaan Allah (tergantung kepada) keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah (tergantung pada) kemurkaan kedua ibubapa (Hadits riwayat at-Tirmidzi, dan dishahihkan oleh Ibn Hibban dan al-Hakim)


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang ‘buncit’.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. “Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,” begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga, biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

“Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!” Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan: “Abang tunggu mak di syurga ya!”

Akhirnya, wajah abang ‘ditutup’. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang.

Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: “Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?” Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak, sudah ‘reput’. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, “Nak kek lori sampah!”

Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah. Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, “Macam mana dengan abang? Mak jawab:“InsyaAllah, abang akan sihat!” Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: “Abang nak apa hari ni?” Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: “Mak, abang nak naik kereta bomba!” Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya, “Pergi mana?” Mak jawab: “Balai bomba!”

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!”

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: “Abang nak apa?” Abang jawab: Abang nak naik lori sampah!” Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?” Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sanggup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi, semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!”Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang. “Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!”Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: “Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi. “Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!”

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia ini.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu.

Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
“Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!” Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak. “Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?” Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. “Abang ngantuk!” Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. “Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.” Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: “Makkk..sakit perut..!” Dan abang terus memanggil: “Makkkkk!”. Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!” Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!”

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

“Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..! Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah… Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: “Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).


Thursday, April 14, 2011

3 minggu abah n mummy di KSA

Assalamualaikum...
Bulan March yang lalu, mummy dan abah telah datang umrah dan juga sekaligus ziarah kami di yanbu selama 3 minggu.9 hari di Madinah n Mekah, lepas tu 10 hari di yanbu..terlepas rindu buat keluarga dan tanah air tercinta..





Mummy dan menanti di Mekah



Muiz dan kak long


mummy di madinah sebelum berangkat ke mekah untuk menunaikan umrah




hari nak berangkat pulang ke msia



penuh dengan muatan beg2 nak balik




makan daging unta dengan joe



bersantai di tepian laut merah,pantai yanbu


di taman bunga yanbu RC,
atuk nenek n kak long


jemputan makan di rumah pn Sariena n Mr Nizam..

jalan2 di yanbu downtown dengan joe


dar al iman,madinah









ibu n mummy di penginapan mummy di madinah

atuk n cucu2






setelah check out hotel di mekah,sebelum pulang yanbu


mekah


dar al eman mekah

Saturday, January 8, 2011

Dah masuk tahun baru rupanya

Assalamualaikum..
hajat nya nak letak picture waktu Haji tahun 1431 H..tapi nak upload pulak terasa lambat..
So , letak simple post aje lah..
Di sini papa nak ucapkan selamat hari lahir yang ke 6 buat puteri papa, ALYAA NUR NATASYA.
Semoga Kak long menjadi seorang muslimah yang baik.lagi 4 hari lagi tiba hari lahir buat Ibu pulak...yang ke berapa????
lepas tu next week buat anak lelaki papa...
nanti Ibu akan jemput sanak saudara yang berada di Yanbu ni..kita gi makan2 kat Taman dah le..
insyaAllah...